Baby

Jumpa Baby Dian

6:18 PM

Assalamualaikum sahabat pembaca....

Alhamdulillah, akhirnya jumpa juga baby Dian, baby girl kedua Kak Alya. Alhamdulillah, si cilik yang comel tapi kusssssss semangat. Muka pun hampir sama dengan kak yong Husna, anak sulung kak Alya.

Terpaksalah husband menunaikan hajat erna untuk melihat baby Dian. Selepas checkup di Klinik Kesihatan Kempas, petang tu juga kami pecut ke rumah Kak Alya di Taman Desa Skudai. Sampai-sampai je, kami disambut meriah oleh kak yong Husna tapi tak ada karpet merahlah yek.  

Masa tu jugalah, husband cuba belajar pegang Baby Dian yang masih lembut tapi lincah. Dah boleh dah ni en.seben. Masalahnya, Erna tak sempat nak rakam detik pembelajaran tu. Tak mengapa, tunggu baby kuar yek..

Pejam celik, Husna dah nak masuk 2 tahun, adiknya pula dah 2 bulan lebih. Memandangkan hajat erna dah tertunai, Okalah baby. Dah boleh keluar! Opss! Tunggu abah mula cuti 2 shift yek pada esok hari yek.

Sumber gambar daripada laman muka buku Kak Alya......comelkan baby Dian. Acik Erna dah rindu dah nak jumpa Dian. Hari tu tak dapat pegang dengan betul sebab kawan dian dalam ni membesar dengan jayanya.
Sumber gambar daripada laman muka buku Kak Alya....... Kak Yong Husna jaga adik ke? hihi


Nanti kita jumpa lepas pantang...buat reunion. Kali ini riuh dengan suara kanak-kanak dan baby....

Jumpa lagi dengan keterujaan perkongsian kita.


Dugaan

Mesej Rindu Allah

2:10 PM

Assalamualaikum sahabat positif.....

MasyaAllah, sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Allah Maha Penyayang. Tiada yang layak disembah melainkan Allah.

Sungguh, Allah tidak pernah lupa pada kita. Allah sentiasa mengajar dan memberi "remembered" kepada kita. Tandanya, Allah sayang kepada kita.

Jujur, itulah kali pertamanya erna melihat air mata husband erna . Air mata yang penuh dengan kekesalan, air mata yang penuh dengan keinsafan. Erna tidak pernah langsung melihat husband erna menangis teresak-esak sebegitu sekali. Even ayah erna, seorang lelaki tidak menjuraikan air mata sebegitu sekali. 

Ego husband tinggi. Melainkan jika erna menghadapi kesulitan, husband erna sekadar melepaskan air mata. Tapi tidak seperti malam tadi.

MasyaAllah, dugaan kami sangat besar. Benarlah orang kata, 5 tahun hidup sebagai suami isteri adalah hidup bersama dugaan yang Allah berikan. Allah ingat melihat sejauh mana kita mampu bertahan.

Allah ingat melihat keteguhan hati erna untuk hidup bersama husband erna. Allah nak lihat kesetiaan erna. Allah nak tengok sejauh mana kesabaran erna. Allah bagi husband kekurangan harta tapi Allah bagi husband sifat tanggungjawab, cinta dan kasih sayang.

Kejafian semalam memberi seribu makna yang besar buat kami berdua. Kebiasaannya, bila sepasang suami isteri menghadapi masalah, isteri adalah orang yang pertama akan risau, totally lost. Suami pula, akan lebih positif, tidak mengelabah, cuba menyelesaikannya dengan secara perlahan-lahan.

Begitu juga dengan erna dan husband. Semalam, erna sangat lost. Dengan keadaan sarat dan menunggu hari, jadi panik. Jadi tidak keruan. Jadi hilang punca arah. Tapi, husband lebih tenang, tidak mengelabah, maintain je... husband sip cakap lagi "bukan rezeki kita. Tak apa, abang akan usaha dapatkan kereta tu balik. Awak jangan risau. Banyak alternatif lain". 

Pada erna, dugaan semalam adalah atas kesilapan erna sendiri. Erna tidak fikir masalah lain yang akan timbul. Bukan sebab nak hidup mewah, tapi ketika itu erna fikir.."jika aku gambel, aa boleh tolong husband. Tidaklah husband lelah memikir mana nak cari duit lagi"....

Itu je fikiran erna. Gambel untuk tolong husband. Tapi hasilnya sekarang, erna tambah menyusahkan husband erna. Lagi bertambah-tambah. Allah, isteri apa erna ni yek....

Yes, I am a housewife. My dreams after married is stay at home to take care rhe husband and my kids, Insyaallah in 2 weeks to go. 

Tapi, bukan dengan cara macam ini sehinggakan husband rasa sesak. Daripada erna yang totally lost, tak tahu macam mana nak setelkan masalah tu jadi terbalik dengan husband. 

Erna tahu, hanya pada mulut husband je kata Insyaallah semuanya akan ok. Tapi sebenarnya, otaknya penuh dengan kesulitan. Macam-macam yang dia perlu fikir. Sehinggalah, he burst his tear after he call someone. More than usually. I dont know who that. His tear makes me more hurts.

Husband tak putus-putus ucap zikir, Allahuakbar, berdoa kepada mereka yang bantu kami agar Allah memberi syafaat kepada mereka. He said his mother name, his father name and his younger brother name. Hie totally lost. 

Semakin husband berzikir, semakin banyak air mata husband. Masa tu juga, erna tidak tahan sebak. Bukan sebab husband nangis tapi sebab erna rasa ernalah puncanya husband macam tu.

Allah itu Maha Pengasih. Berinya dugaan sebesar itu tandanya Allah masih sayang akan kami. Masih rindu akan kami. Allah bagi "remebered" kepada kami supaya kami beringat dan bangun daripada ke alpaan kita, kelalaian kita. 

Allah, tetap ingatkan kami diatas segala dosa-dosa kami baik kepada diri kami, ibu dan ayah kami, adik beradik kami serta kawan-kawan kami. MasyaAllah, tak terhitungnya dosa kami.

Allah,thanks for your remembered. We always forget what we'be done before this. We dont deserve to get your helping but You still with us and behind us. Allah, thanks for you helping us to and wake up us from our sleep. 

Allah tetap bagi kami peringatan, sesusah mana kami punya cabaran Allah tetap datang tolong kami dengan menghadirkan ahli keluarga kami untuk tolong kami. Even, Allah adalah pemberi dugaan kepada hamba-Nya dan kita pula banyak melakukan kesilapan kepada ahli keluarga sendiri.

Allah Maha Besar....


Baby

Barang Orang Baru

12:57 AM

Assalamualaikum sahabat positif....

Alhamdulillah hujan rahmat membasahi bumi.... Orang kata, kita digalakkan berdoa banyak-banyak kepada Allah. Sebabnya, waktu inilah paling mustajab untuk berdoa. Apa lagi, jomlah kita berdoa. Alang-alang tu, kita solat sekali.

Sebelum ini, erna ada habak kat korang yang debaran kami kian memuncak. Debaran apa yang memuncak tu kan? Alhamdulillah, Allah bagi nikmat besar dan Allah bagi rasa kepada erna dan husband bergelar menjadi ibu dan abah. Alhamdulillah, waktunya hampir tiba. Tak lama dah. 

90% persediaan untuk si comel hampir selesai. Tunggu dia muncul je. InsyaAllah, kami berdua pun turut bersedia memikul amanah yang diberikan. 

Nak kata pasal persediaan untuk si comel? Usah cakaplah. Nak kata grand pun tak, nak kata sambil lewa pun tak. Kami membuat persiapan secara sederhana. Mana yang ada dan mengikut bajet. Agak-agak ada duit, kami pergi habiskan duit untuk si comel.

Mak mertua kata.." bukan untuk orang lain. Untuk anak sendiri". Mana yang murah dan ada promosi, kami pun grablah. 

Kita tunggu abang Rafiq si bolat bersama mak ngah dan pak ngah amik barang ni bawa balik kampung yek. Nenek suruh katanya...hihi

Selagi larat, selagi tulah menyempurnakan barang si comel. Sampaikan husband pun cemburu. Sabarlah, untuk si comel kita kan cayunk. Bukan untuk orang. Kalau untuk orang lain, lama dah ku pangkah-pangkah muka tu. Hahaha...

Alhamdulillah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tinggal si comel menjelma je.

Di doakan, mudah-mudahan ada rezeki kepada yang masih menunggu kehadiran si comel. Aminnnn..... Jangan putus asa..keep fighting....

Ini barang kita yek. Kesian abah. Ke hulur ke hilir bawa beg ini. Nak buat macam mana. Kot-kotlah kamu keluar tiba-tiba kan...

InsyaAllah, nanti kita cerita perjalanan kita daripada awal hingga terlahirnya si comel...

Jumpa lagi....




2017

2017 Baru Nak Bermula

1:09 AM

Assalamualaikum sahabat positif...

Alhamdulillah, hari ini kita sudah melangkah ke tahun 2017. Sekejap betul masa berlalu kan? Macam semalam je Erna baru kahwin... Opsss!!!!

Mana perginya blog alongwawaerna.blogspot.com?

 

Blog tu ada ja. Pembaca masih boleh buka blog tu, tapi Erna sebagai admin tak boleh langsung nak update apa-apa untuk blog kesayangan hamba. Sedih kot!!!! Lama dah nak update. Tapi tak boleh.... Sampaikan husband sendiri kata "Rindunya nak tengok awak menulis blog balik". Hahahaha.....Pelik tapi benar. Husband rindu nak tengok kita update blog tapi kita pula tak rasa apa-apa. 

Ada sebabnya juga mengapa kita sudah lama tidak update blog. Tapi biasalah, paling besar sebabnya ialah SIFAT MALAS. Bayangkanlah, selepas Erna tamat kontrak di Mealux dan amik keputusan untuk jadi surirumah sepenuh masa, memang langsung erna tak update blog. Internet yang sangat limit lagi menyukarkan Erna nak update blog. 

Selain itu, dengan keadaan berbadan dua lagi menambahkan puncaa erna langsung tak tergerak untuk mengupdate blog. Adoi, kesian blog alongwawaerna.blogspot. Bila nak kembali update, adoi ada problem pula. Lepas taip panjang-panjang, langsung tak lepas. Pergi ke setting pun, satu apapun tak menjadi. Akhirnya, terbiarlah blog kesayangan hamba tu. SEDIH!!!! sob...sob... TT


Tapi, rasa nak menulis tu kembali semula. Jadinya, erna bukalah blog baru. Blog yang biasa-biasa sahaja dan mungkin tak mampu nak kumpul follower like before this. Erna hanya menulis memory yang manis bersama husband, si comel yang tak lama lagi nak muncul(will be sharing after this), family and friends. Tambah dengan hasil artworks di ERFAZ ArtDesign Solution, hasil artwork lukisan dan Nurraysa Beauty(new business).

Banyak yang Erna nak kongsi sebenarnya. Tapi, perasaan berdebar yang bercampur baur bersama husband lagi menebal untuk menunggu si comel muncul dengan jayanya. InsyaAllah. Mudah-mudahan semuanya selamat. 

Sekarang ni tak tahu siapa sebenarnya berdebar. Kita ke husband? Husband kot...eh! Kita kot... Eh! Dua-dua lah yang berdebar. Macam-macam perasaan ada ni.

InsyaAllah, even follower dah tak semeriah as before this, I will keep writing for my memories. Aisyyy!!!! Tak memasal kene mula dari bawah balik. Sabar jelah....