2017 Baru Nak Bermula

1:09 AM

Assalamualaikum sahabat positif...

Alhamdulillah, hari ini kita sudah melangkah ke tahun 2017. Sekejap betul masa berlalu kan? Macam semalam je Erna baru kahwin... Opsss!!!!

Mana perginya blog alongwawaerna.blogspot.com?

 

Blog tu ada ja. Pembaca masih boleh buka blog tu, tapi Erna sebagai admin tak boleh langsung nak update apa-apa untuk blog kesayangan hamba. Sedih kot!!!! Lama dah nak update. Tapi tak boleh.... Sampaikan husband sendiri kata "Rindunya nak tengok awak menulis blog balik". Hahahaha.....Pelik tapi benar. Husband rindu nak tengok kita update blog tapi kita pula tak rasa apa-apa. 

Ada sebabnya juga mengapa kita sudah lama tidak update blog. Tapi biasalah, paling besar sebabnya ialah SIFAT MALAS. Bayangkanlah, selepas Erna tamat kontrak di Mealux dan amik keputusan untuk jadi surirumah sepenuh masa, memang langsung erna tak update blog. Internet yang sangat limit lagi menyukarkan Erna nak update blog. 

Selain itu, dengan keadaan berbadan dua lagi menambahkan puncaa erna langsung tak tergerak untuk mengupdate blog. Adoi, kesian blog alongwawaerna.blogspot. Bila nak kembali update, adoi ada problem pula. Lepas taip panjang-panjang, langsung tak lepas. Pergi ke setting pun, satu apapun tak menjadi. Akhirnya, terbiarlah blog kesayangan hamba tu. SEDIH!!!! sob...sob... TT


Tapi, rasa nak menulis tu kembali semula. Jadinya, erna bukalah blog baru. Blog yang biasa-biasa sahaja dan mungkin tak mampu nak kumpul follower like before this. Erna hanya menulis memory yang manis bersama husband, si comel yang tak lama lagi nak muncul(will be sharing after this), family and friends. Tambah dengan hasil artworks di ERFAZ ArtDesign Solution, hasil artwork lukisan dan Nurraysa Beauty(new business).

Banyak yang Erna nak kongsi sebenarnya. Tapi, perasaan berdebar yang bercampur baur bersama husband lagi menebal untuk menunggu si comel muncul dengan jayanya. InsyaAllah. Mudah-mudahan semuanya selamat. 

Sekarang ni tak tahu siapa sebenarnya berdebar. Kita ke husband? Husband kot...eh! Kita kot... Eh! Dua-dua lah yang berdebar. Macam-macam perasaan ada ni.

InsyaAllah, even follower dah tak semeriah as before this, I will keep writing for my memories. Aisyyy!!!! Tak memasal kene mula dari bawah balik. Sabar jelah....




You Might Also Like

0 comments