Adik-beradik

Gaduh tapi Sayang

3:45 PM

Assalamualaikum semua.


Korang pernah gaduh dengan adik beradik?

Ye ke tak gaduh? Perfectnya. Hatta yang rapat macam belangkas pun boleh bertikam lidah inikan adik-beradik. Adatlahkan kita adik-beradik bergaduh. Gaduh sampai gunung berapi meletus pun, tetap nama adik-beradik. Lari sampai lubang cacing mana pun tetap tak hilang nama adik-beradik.


Ya, erna pun pernah gaduh. Gaduh-gaduh manja pun ya. Setakat tarik rambut tak da hal tapi satu je yang kita perlalu tahu, gaduh besar atau kecik takkan mampu untuk ubah darah yang mengalir dalam badan kita. Sama je guys. Datangnya kita pun daripada perut ibu yang sama.


Gaduh Erna dengan adik-adik Erna pun, tak ubah sayang Erna pada dia orang.  Hanya kerana sifat cemburu, iri hati, syaitan suka tu. Lagi dia kuis-kuis hati kita. But, once you depend onto Allah, you will never get embrace by syaitan. Try harder to get better with your siblings.


Tu yang kadang-kadang, gaduh lah lama-lama tapi tetap bertahan antara satu sama lain sebab kita berpegang pada Allah. Bila meletus gunung berapi, sekali tu kita meletus bagai lava yang tak berhenti mengalir sehinggalah ianya menyejuk dan menyuburkan tanah dan tanaman. Kita akan nampak keburukkan diri kita berbanding orang lain.


You will never saw yourself when it never happen. We are not perfect but we still want to be perfect to the others. Stop guys!!! Don't be like that, just being your self but still know you limit. It's the same with you connection between you siblings and you.


Manusia tak ada yang sempurna. Hanya Allah yang Sempurna. Apa yang kita perlu buat, selagi pegang pada Allah dan sayangkan ibu dan ayah yang besarkan kita, selagi itulah kita kene jaga adik-beradik kita. Hatta gaduh bagai langit nak runtuh pun, tetap ada sayang dalam diri kita dan adik-beradik kita.


Bak kata pepatah, air dicincang tak putus.  😊



I am still loving you all until my days. No doubt about that 



Nukila,

7.40am, 24/11/2020,



Lama dah tinggal!!!!!!!!

6:48 AM

Assalamualaikum.....

Hai everyone!!!! 🤗🤗🤗
MasyaAllah, lamanya menghilang.....
Where you go Erna?

What can I do? Just laugh!!!😂😂😂
Tak ke mana-mana pun. Just stay at home.

Tak tahu nak cakap apa. Bila kau buka dashboard, Kali terakhir kau menaip pada 01/01/2020. Tulah kali terakhir kau menaip. Lepast tu,macam-macam berlaku. Dengan Covid 19, Raya masih di Johor, anak kian membesar, politik cerca merba, hidup keluarga masih berjalan.

Last out the entry. Lepastu membisu. Menghilang tanpa khabar berita.😅😅😅


Macam-macamlah berlaku, tapi satu apa pun Erna tak terfikir untuk menaip. Mungkin juga kerana sibuk uruskan anak-anak dan suami, baiki rutin harian, emosi dan mental. Jadi tak terfikir nak berkongsi.

Entah macam mana boleh teringatkan blog yang dah lama ditinggalkan. Maka singgah lah kita.... Masalahnya disini, ada yang ingatkan kita ke?

InsyaAllah, kita cuba untuk keep in touch yek. Cuba untuk tidak menghilang terlalu lama. InsyaAllah.


Assalamualaikum. 😊😊😊


Ibu doubleF




2020

Litar Fateh, Kreativiti si ibu

10:00 AM

Assalamualaikum...

Entah macam mana akal ibu Fateh dan Faqeh ni berkembang, terhasil satu litar lumba yang tak beberapa lumba. Bukan susah mana pun, asalkan ada kotak-kotak lama atau whiteboard ke dan marker.


Dinamakan LITAR FATEH. Serba ringkas je. Walaupun tak menarik sebab on the sport ke ideanya tapi riuh tak terkata...😏😏😏

Kes ni terjadi sebab Erna rimas tengok Fateh bawa cardboard lama tu ke hulur ke hilir bersama kereta mainan dia. Mana tah dia jumpa. Masa tu jugalah idea keluar.

Ni jelah bahannya. Cardboard dah lama dan marker. Nak ada cantik sikit-sikit, kita guna warna marker yang pelbagai.

Tengaj khusyuk bermain. Fateh ni jenis tak kisah.Benda tu cantik ke tak cantik ke asalkan ada ibu dan abah.

Actually, we can do this with our creativity. Pada hakikatnya, kita sebenarnya tak kreatif pun. Asalkan untuk anak, secara automatik kita lebih kreatif tak terduga.

Malah, kita boleh spend time dengan anak-anak sambil bermain. Galak wei anak den main bila dia tengok kita orang join sekaki. Seronok sangat dia.

Seperti kelibat tangan abah di situ. Kita orang pun main sama-sama dengan dia. Sememangnya, Fateh sangat enjoy...

Tak perlu yang mahal-mahal. Mana yang ada kat rumah, itulah yang kita guna. Umur Fateh yang bak mencecah 3 tahun ni, memang usia bermain tapi dalam masa yang sama ada kita masukkan elemen pembelajaran. Dan kita pun joinlah sekali.

So, selamat mencuba...🙋🙋🙋




nukilan
01.58 a.m, 02/01/2020