Litar Fateh, Kreativiti si ibu
10:00 AMAssalamualaikum...
Entah macam mana akal ibu Fateh dan Faqeh ni berkembang, terhasil satu litar lumba yang tak beberapa lumba. Bukan susah mana pun, asalkan ada kotak-kotak lama atau whiteboard ke dan marker.
![]() |
Dinamakan LITAR FATEH. Serba ringkas je. Walaupun tak menarik sebab on the sport ke ideanya tapi riuh tak terkata...😏😏😏 |
Kes ni terjadi sebab Erna rimas tengok Fateh bawa cardboard lama tu ke hulur ke hilir bersama kereta mainan dia. Mana tah dia jumpa. Masa tu jugalah idea keluar.
![]() |
Ni jelah bahannya. Cardboard dah lama dan marker. Nak ada cantik sikit-sikit, kita guna warna marker yang pelbagai. |
![]() |
Tengaj khusyuk bermain. Fateh ni jenis tak kisah.Benda tu cantik ke tak cantik ke asalkan ada ibu dan abah. |
Actually, we can do this with our creativity. Pada hakikatnya, kita sebenarnya tak kreatif pun. Asalkan untuk anak, secara automatik kita lebih kreatif tak terduga.
Malah, kita boleh spend time dengan anak-anak sambil bermain. Galak wei anak den main bila dia tengok kita orang join sekaki. Seronok sangat dia.
![]() |
Seperti kelibat tangan abah di situ. Kita orang pun main sama-sama dengan dia. Sememangnya, Fateh sangat enjoy... |
Tak perlu yang mahal-mahal. Mana yang ada kat rumah, itulah yang kita guna. Umur Fateh yang bak mencecah 3 tahun ni, memang usia bermain tapi dalam masa yang sama ada kita masukkan elemen pembelajaran. Dan kita pun joinlah sekali.
So, selamat mencuba...🙋🙋🙋
nukilan
01.58 a.m, 02/01/2020
0 comments