Checkup Faqeh 3 bulan
5:42 PMAssalamualaikum....
Semalam checkup Faqeh 3 bulan. Maknanya kene cucuk vaksin sekalilah. Seperti biasanya, checkupnya pagi. Maka dengan itu, tak adanya kau perlu berlengang dipagi hari. Semuanya seperti lipas kudung.
Dahlah cacar merba di pagi hari bila Erna terbangun lewat dan husband pun terlewat sekali nak pergi kerja. Maaflah husband, sayang ni kalau bangun duduk susukan anak, memang keletihan. At least, sempatlah sampai sebelum pukul 7 pagi kan? 🤗🤗🤗
Budak debab ni kene cucuk vaksin 3 bulan. |
Thank you kak lin sebab sudi temankan Erna bawa 2 hero ni ke klinik sebab husband tak dapat cuti. Padahal, adiknya sahaja yang checkup. Tapi kira hardcore wei nak handle abang sekali. 🤪🤪🤪
Seperti biasa, dengan harapan Erna dapat siapkan semua perkara sebelum 2 si cilik hero bangun. Apakan daya, kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan. Si adik Faqeh, boleh celik dan tersenyum riangnya. Alahai dik, tak takut nak cucuk ke? 🤔🤔🤔
Manakala abang long pula harus dikejutkan. Alhamdulillah, senang je nak kejutkan abang long. Steady je bangun sambil senyum. Memang dua beradik ni kalau bangun daripada tidur, mesti senyum. Sejuk perut ibu mu nak. 😊😊😊
Selesai semuanya, bergoleklah kereta ke Klinik Kesihatan Kempas pada pukul 9 pagi. Padahal, temujanji pada pukul 9 pagi juga. 😁😁😁
Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan. Dapat nombor pun tak adalah jauhnya daripada yang telah dipanggil. Daftar dulu. Kemudian, ke kaunter C untuk tahu bilik mana. Bila dah dapat buku biru, tunggu nombor dipanggil. Tunggu pun lebih kurang 15-20 minit je.
The last part is Vaccine injection. Sebenarnya, Faqeh bukanlah nangis disebabkan cucuk vaksin tu tapi dia marah bila Erna pegang tangan dan peha dia. Yelah, bila bergoyang kang tercucuk lain pula. Lepas je Nurse cabut jarum injection dan erna lepaskan tangan, boleh pula si adik mengeluh. Nampak sangat marah orang pegang. 😜😜😜
Dah selesai, baliklah kita. Along pun dah ngaruk sakan. Sampai je rumah, adik dah terbongkang tidur. Baby umur 3 bulan, mana boleh tahan lama. lagi-lagi lepas kene cucuk.
Kepenatan yang melampau. Sampai rumah, susu dan terus lelap. Sampai ke petang jadinya. |
Abang pun sama. Bukan penat menunggu tapi penat ngaruk. Lepas makan, boom terus. |
Berat adik sentiasa bertambah 1kg setiap bulan. Malah 3 bulan dah cecah 7.1kg. Patutla ibu sengal-sengal je tangan ni. |
Risau sebenarnya bila menyusahkan orang. Tapi takut juga bila handel sorang-sorang. Tapi kene belajar jugalah. Next temujanji pun kemungkinan handle sorang-sorang lagi. Kata supermom, harus jadi hebat!!! 💪💪💪
Yes, I can do it. You can do it Erna. Oh,ya! Ibu akan tetap amikkan vaksin untuk abg dan adik sebagai perlindung.
nukilan
1/1/2020, Rabu
0 comments