2019

Checkup Faqeh 3 bulan

5:42 PM

Assalamualaikum....

Semalam checkup Faqeh 3 bulan. Maknanya kene cucuk vaksin sekalilah. Seperti biasanya, checkupnya pagi. Maka dengan itu, tak adanya kau perlu berlengang dipagi hari. Semuanya seperti lipas kudung.

Dahlah cacar merba di pagi hari bila Erna terbangun lewat dan husband pun terlewat sekali nak pergi kerja. Maaflah husband, sayang ni kalau bangun duduk susukan anak, memang keletihan. At least, sempatlah sampai sebelum pukul 7 pagi kan? 🤗🤗🤗

Budak debab ni kene cucuk vaksin 3 bulan. 

Thank you kak lin sebab sudi temankan Erna bawa 2 hero ni ke klinik sebab husband tak dapat cuti. Padahal, adiknya sahaja yang checkup. Tapi kira hardcore wei nak handle abang sekali. 🤪🤪🤪

Seperti biasa, dengan harapan Erna dapat siapkan semua perkara sebelum 2 si cilik hero bangun. Apakan daya, kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan. Si adik Faqeh, boleh celik dan tersenyum riangnya. Alahai dik, tak takut nak cucuk ke? 🤔🤔🤔

Manakala abang long pula harus dikejutkan. Alhamdulillah, senang je nak kejutkan abang long. Steady je bangun sambil senyum. Memang dua beradik ni kalau bangun daripada tidur, mesti senyum. Sejuk perut ibu mu nak. 😊😊😊

Selesai semuanya, bergoleklah kereta ke Klinik Kesihatan Kempas pada pukul 9 pagi. Padahal, temujanji pada pukul 9 pagi juga. 😁😁😁

Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan. Dapat nombor pun tak adalah jauhnya daripada yang telah dipanggil. Daftar dulu. Kemudian, ke kaunter C untuk tahu bilik mana. Bila dah dapat buku biru, tunggu nombor dipanggil. Tunggu pun lebih kurang 15-20 minit je.

The last part is Vaccine injection. Sebenarnya, Faqeh bukanlah nangis disebabkan cucuk vaksin tu tapi dia marah bila Erna pegang tangan dan peha dia. Yelah, bila bergoyang kang tercucuk lain pula. Lepas je Nurse cabut jarum injection dan erna lepaskan tangan, boleh pula si adik mengeluh. Nampak sangat marah orang pegang. 😜😜😜

Dah selesai, baliklah kita. Along pun dah ngaruk sakan. Sampai je rumah, adik dah terbongkang tidur. Baby umur 3 bulan, mana boleh tahan lama. lagi-lagi lepas kene cucuk.

Kepenatan yang melampau. Sampai rumah, susu dan terus lelap. Sampai ke petang jadinya.

Abang pun sama. Bukan penat menunggu tapi penat ngaruk. Lepas makan, boom terus.

Berat adik sentiasa bertambah 1kg setiap bulan. Malah 3 bulan dah cecah 7.1kg. Patutla ibu sengal-sengal je tangan ni.

Risau sebenarnya bila menyusahkan orang. Tapi takut juga bila handel sorang-sorang. Tapi kene belajar jugalah. Next temujanji pun kemungkinan handle sorang-sorang lagi. Kata supermom, harus jadi hebat!!! 💪💪💪

Yes, I can do it. You can do it Erna. Oh,ya! Ibu akan tetap amikkan vaksin untuk abg dan adik sebagai perlindung.




nukilan
1/1/2020, Rabu


2019

Kek Bahulu Resepi Mak Tercinta

10:18 AM

Assalamualaikum.

Akhir-akhir ni rajin benar kita bakinglah, masak buburlah, buat donatlah, macam-macamlah. Semuanya pun buat untuk suami dan anak. Selain tu untuk perut sendiri lah.🤭

Petang tadi Erna siapkan kek bahulu untuk suami dan anak-anak. Kek kesukaan Along dan suami juga ni. Erna pun suka. Semua ni gara-gara mak Erna lah. 😙 (maaf mak 🤗)

Resepi ni Erna dapat daripada mak Erna juga. Simple je. Bahan pun tak banyak nak mencari. Kita sukat bahan pun guna mangkuk taufu fa tu. 😁 Hasilnya macam bahulu kecik tu tapi kita jadikannya kek.

Ini mangkuk taufu fa yang kita guna untuk kita sukat bahan seperti gula, tepung dan telur. Telur pun sukat guna mangkuk ni? Nak guna lagi besar pun boleh. Ikut citarasa masing-masing


Bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan Kek Bahulu
1) 1 mangkuk taufufa Gula
2) 1 mangkuk taufufa tepung gandum
3) 1 mangkuk taufufa telur ( lebih kurang 6/7 biji telur. Ikut gred telur). Kita guna gred A.
4) 1senduk minyak. Kita guna senduk biasa.
5) 1sudu teh esen rose
6) Pewarna ikut kesukaan. Kita guna 3 warna.

Cara-cara dia mudah je. 😉

Pukul gula bersama telur sehingga menjadi putih. Orang kata sampai kembang. Ini 7 biji telur bersama 1 mangkuk gula taufufa. Itupun kita dah kurangkan sikit gula. Taklah manis sangat. Ingkar sekejap resepi ye mak. 😂

Dah putih kembang, baru masukkan 1 sudu teh esen rose. Kita pakai penutup botol tu je. Just kacau pakai spatula. Nak guna mixer pun boleh tapi yg perlahan je.

Kemudian, barulah masukkan tepung gandum. Part ni tak payah guna mixer. Kacau sahaja guna spatula. Tak da spatula, guna senduk nasi. 😁

Bila dah sebati, baru masukkan minyak. Kacau sekali lagi bagi semua sebati. Dah sebati, barulah asingkan 2/3 mangkuk.

Asingkan kepada 2/3 mangkuk untuk letak pewarna makanan. Kita guna 3 warna. Hijau, kuning dan merah. Dah selesai, barulah masukkan ke dalam loyang..😊

Sebelum tu, sediakan kertas putih jika tak nak lekat. Kalau jenis loyang tak lekat, tak payah guna kertas putih ni.

Sebelum di masukkan ke dalam oven. Ku malas nak kreatif-kreatif ni. Cincai je bentuk dia.

Bakar dalam suhu 180° dalam masa 1 jam. Api atas bawah. Tapi ikut oven masing-masing. Kalau oven kita, suhu 230° dalam masa 45 minit, api atas bawah. Sebab apa berlainan, suhu 180° tak beberapa masak tapi suhu 230° menjadi dengan baik.

Taraaa!!!! Walaupun rupamu tidak begitu menawan tapi dirimu menjadi tarikan kepada anak dan suamiku. Termasuk perut ku sekali. 🤣😂🤣

Dah masak, jangan terus dipotong. Bagilah sejuk dulu. Anak den ni, sebelum masak lagi disuruhnya potong. Ada tabiatnya gitu anak oit. Lepas sejuk, nampak je kek, ngadap dia sahaja. 🤣😂🤣

Daripada banyak-banyak potong, tinggal tu je dia bahan. Well, nak buat macam mana. 🤗

Sabar ye dik, awak baru 3bulan. Ada 3 bulan lagi nak makan. Susu je dulu yek.

Kita berbagi dengan jiran. Kongsi sedikit rezeki dengan jiran. Mudah-mudahan kita berbahagia dengan rezeki yang Allah kurniakan.

So, selamat mencuba semuanya.😍


nukilan,
2.15pagi, Khamis

2019

Ubah Deco Lagi

12:37 AM

Bismiallahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum pembaca. Ada yang membaca.

Semalam kita punyalah mengemas habis-habisan sambil mendeko kawasan along Fateh. Walaupun dia lebih gemar main di depan televisyen.

Macam lipas kudung mengemas sebelum mereka berdua bangun. Double struggle bila dah ada anak dua ni. Alang- alang mengemas dan menyapu rumah ni, Erna terasa nak ubah susun atur sedikit terutamanya di bahagian tempat mainan Fateh.

Keadaan ruang yang belum berkemas. Anak patung pun bersepah oit 😜. Nasib anak belum bangun lagi masa ni. Wajib sapu dulu sebelum dia orang bangun.

Memandangkan along sangat lasak dan mulut semakin aktif, Ibu kene ubah susun atur supaya ruang nampak besar dan selesa untuk kami sekeluarga. Barang kami tak banyak. Even sofa pun tak ada. Ruang sangat terhad. Rumah kuaters je. Tapi, Alhamdulillah, ada tempat perlindungan. Ada ruang untuk solat dan ruang untuk anak-anak bermain.

Sebab tu, bila bab susun atur ni, memang dah cakap awal-awal pada suami, relakanlah isteri anda sendiri yang susun atur. Nasib baiklah suami tak kisah. Ya ke tak kisah ni? 🤔

Erna rasa perlu ada satu ruang tempat along bermain, belajar dan rak buku mainan dia. Walhal, dia lebih gemar main depan televisyen. Lepas tu, bersepah di depan televisyen. Sebelah adik dia pun jadi. Kau rasa, tak keluar mak kau hijau.👽

Hasil selepas 1 jam mengemas. Meja kecik tu memang dah ada. Sebelum ni, meja tu dijadikan sebagai meja makan. Selepas ada meja makan, Erna jadikan meja study Along. Study lah sangat

Bangku kecik pada asalnya di kawasan meja kecik, kita tukar pada bahagian bertentangan. Tetamu datang boleh duduk disitu.🤗

2019

Fateh Tantrum

12:53 PM

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum everybody.
Well, malam ni Erna berpeluang untuk menulis dengan panjangnya. Bercerita sana sini. Well, kene stay up for my lovely husband. 

Sejak semenjak jadi ibu 2 anak ni, boleh jadi letih yang teramat. Sehinggakan boleh terlajak subuh ma. MasyaAllah... Janganlah diikutkan peragai super duper buruk ni. Bila keadaan macam ni, sejak kembali bertugas sepenuh masa ni, adalah 2, 3 kali Erna kejut husband bangun pergi kerja.

So, boleh bayangkan tak bertapa marah dan terkejutnya dia bila kita ni lambat kejutkan dia. Well, nothing to do when you were really tired. I am not joking okay. Mananya taknya. Tidur kena kacau, kene bangun susukan adik, belum lagi si abang meracau cari ibu. Well, you are never get your freedom but you will get your happiness.

Along happy or unhappy?

Apabila lahirnya adik, semua anak pertama akan merasa kasih sayang semakin pudar daripada ibu bapa mereka. Erna juga macam tu, sebab Erna pun anak pertama. 😅. Experiance never ending. 

Begitu juga along Fateh. Ada beberapa nukilan Erna di Insta terhadap sifat dan perilaku Along Fateh.... either before or after his brother come out. 

Jenuh wei bila dia start tantrum. Siap pakej merajuk sekali. Ikut perangai siapa ni? Tapi mudah pujuk. 😁

Sebelum adiknya Faqeh keluar, along sudah mula menampakkan tantrum dirinya terutamanya nak melekat 24jam. Korang bayangkanlah, tengah bawa perut yang besar, dia punya mengikut je kita disetiap ceruk. Malah, dia minta kita dukung lagi,  pengsan mak kita oit.

Nasib suka makan. Bagilah apa je, semua dia bahan. senyaplah sekejap budak ni.

Bila adiknya sudah keluar, 2 kali ganda dia punya sifat mengada/tantrum. Mungkin juga pengaruh daripada persekitaran dan mungkin juga disebabkan cara mengawalnya yang menjadikan along sendiri tidak terkawal. Tantrumnya berganda.

Ketika waktu Erna berpantang di rumah mak, along Fateh begitu seronok. Bermain dan berlari adalah rutin hariannya. Sangat lasak tapi itulah sifat budak-budakkan. Jadi tak keruan bila dia sakit tapi bila dia sihat, confirm korang berangin tapi lega dia sihat.

Jangan terpedaya dengan keadaan ini. Ini baru sedikit. Belum die bongkar segalanya. Baru tau mana rendah tinggi langit cik kak oit.


Bagi sesetengah orang yang tak biasa atau tidak selalu dengannya memang takkan tahan. Pada dasar hati ibu ni, tak kisah dia lasak macam mana. Lagi pula bertemu kawan atau sedara sendiri. Lagi seronok dia. Tetapi pada orang lain, mungkin pandangan mereka berbeza.

Disebabkan takut orang tak selesa, tangan ibu kuat berjalan di badannya. Tengah pantang ni, tangan aktif je bergerak ke badan along. Tak tangan, mulut yang bergerak. Takut orang tak selesa punya hal. Sedangkan hati merana. Ya Allah, kesian anak ku.  Seakan dunia dia tak bebas untuknya. Buat ini tak boleh, buat itu pun tak boleh.

Masa dia tidur je aman. Tapi, masa tulah ibu mula berdosanya ibu pada awak.

Apabila dapat pulang ke rumah semula, wah! ini dunia ku. Memang Erna biarkan dia bergerak bebas. Nak main ke, nak berlari ke, nak berjoget ke, terpulang. So biar dia bergerak sebebasnya. Kadang-kadang naik hantu juga. Dah molek main senyap-senyap, benda lain pula dia gangu.

Dalam fasa ini, tantrum along Fateh jadi triple tapi boleh dikawal. Kuat merajuk tapi cepat dipujuk malah boleh diminta tolong. Sebelum ni jangan harap nak dekat dengan adik, cium pun usah dicakap. Tapi, kali ni nampak perubahannya. Jarang nak cium tapi dah boleh panggil adik. Kalau adik bangun, dia yang bagi tahu adik dah bangun. Dah mula boleh tengokkan adik.

adik, along sayang adik. Ibu cuma taipkan je. Alongnkan memang sayang adik.

Bila kita marah, dia mudah merajuk. Tapi hati cepat sejuk bila kita cakap dengan dia,  minta maaf, cium dan peluk dia. Along Fateh masih dengan tantrum dia bila permintaan tidak dipenuhi tapi mudah faham bila kita bagitahu sebabnya.

Erna sebenarnya sedar yang dia cuma minta perhatian. Sebab tu dia sentiasa buat kacau, saja bikin ibu dan abah dia marah. Bagi dia, itulah caranya untuk tarik perhatian. Sedangkan kami sebagai ibu bapa yang patut sedar. Lepas dah marah baru tersedar yang kami ni keterlaluan.

Memang semua ibu bapa macam tu ke? Helokla korang jangan ikut perangai kami.

Walau bagaimanapun, along Fateh tetap cinta pertama kami. Dia anak pertama yang takkan ada sesiapa yang boleh ganti. Segala amarah dan pukulan, dialah orang pertama yang terima. Kemudian baru adik-adik. Of courselah sebab Erna pun anak pertama. Dah rasa semua itu. 🤪🤪🤪

Anak, jangan kau rasa kami tak sayang bahkan lebih daripada sayang. Jagalah jiwa mu agar semua terpelihara. Kuatkan iman mu bila dewasa kelak.



nukilan,
Isnin,23/12/2019

Orang Baru 2019

12:59 AM

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum pembaca sekalian.
Ada yang follow kita lagi ke? Sedih benar tengok blog kita menyepi. Sebab tu kita bertanya, ada ke yang follow kita.  😅😅😅

Well, hampir 2 tahun menyepi daripada menulis. Idea banyak betul. Bertalu-talu. Bukan sebab tak menarik tapi bila nak menulis je, ada je halangannya. Lagilah sekarang ni agenda dia bertalu-talu menepik ke dalam kehidupan. Tapi tak terdaya nak menaip.

Apa kesnya, tetiba rindu nak menulis. Rindu nak menaip. Apa kes tah erna ni. Mungkin rasa resah, rasa sepi, rasa sunyi. Sebab tu rasa ingin meluahkan dengan cara menulis ni. Tapi ada ke yang sudi membaca?

Tak apa lah, janji resah itu hilang, sunyi itu terisi.

Memandangkan hampir 2 tahun menyepi daripada dunia menulis, jadinya, erna tak tahu nak cerita tentang apa.

Oh, ya!

Kita ada ahli baru!!!!!!


Alhamdulillah, tepat 22/09/2019, lahirlah seorang putera kedua dalam keluarga kecil kami. Geng abah lagi. Tak kisahlah, janji selamat. 😁

InsyaAllah, sedikit sebanyak Erna akan kongsikan pengalaman Erna yang berharga ini. Sebagai simpanan untuk diri dan anak-anak. Sebelum ini, hanya 2,3 posting sahaja berkaitan abangnya. Kali ini kita up sekali abang dan adik.

Mudah-mudahan Allah kekalkan keluarga kami sehingga ke Jannah. Aminnn...



Ahad, 04.55pm
coretan