Kek Bahulu Resepi Mak Tercinta

10:18 AM

Assalamualaikum.

Akhir-akhir ni rajin benar kita bakinglah, masak buburlah, buat donatlah, macam-macamlah. Semuanya pun buat untuk suami dan anak. Selain tu untuk perut sendiri lah.🤭

Petang tadi Erna siapkan kek bahulu untuk suami dan anak-anak. Kek kesukaan Along dan suami juga ni. Erna pun suka. Semua ni gara-gara mak Erna lah. 😙 (maaf mak 🤗)

Resepi ni Erna dapat daripada mak Erna juga. Simple je. Bahan pun tak banyak nak mencari. Kita sukat bahan pun guna mangkuk taufu fa tu. 😁 Hasilnya macam bahulu kecik tu tapi kita jadikannya kek.

Ini mangkuk taufu fa yang kita guna untuk kita sukat bahan seperti gula, tepung dan telur. Telur pun sukat guna mangkuk ni? Nak guna lagi besar pun boleh. Ikut citarasa masing-masing


Bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan Kek Bahulu
1) 1 mangkuk taufufa Gula
2) 1 mangkuk taufufa tepung gandum
3) 1 mangkuk taufufa telur ( lebih kurang 6/7 biji telur. Ikut gred telur). Kita guna gred A.
4) 1senduk minyak. Kita guna senduk biasa.
5) 1sudu teh esen rose
6) Pewarna ikut kesukaan. Kita guna 3 warna.

Cara-cara dia mudah je. 😉

Pukul gula bersama telur sehingga menjadi putih. Orang kata sampai kembang. Ini 7 biji telur bersama 1 mangkuk gula taufufa. Itupun kita dah kurangkan sikit gula. Taklah manis sangat. Ingkar sekejap resepi ye mak. 😂

Dah putih kembang, baru masukkan 1 sudu teh esen rose. Kita pakai penutup botol tu je. Just kacau pakai spatula. Nak guna mixer pun boleh tapi yg perlahan je.

Kemudian, barulah masukkan tepung gandum. Part ni tak payah guna mixer. Kacau sahaja guna spatula. Tak da spatula, guna senduk nasi. 😁

Bila dah sebati, baru masukkan minyak. Kacau sekali lagi bagi semua sebati. Dah sebati, barulah asingkan 2/3 mangkuk.

Asingkan kepada 2/3 mangkuk untuk letak pewarna makanan. Kita guna 3 warna. Hijau, kuning dan merah. Dah selesai, barulah masukkan ke dalam loyang..😊

Sebelum tu, sediakan kertas putih jika tak nak lekat. Kalau jenis loyang tak lekat, tak payah guna kertas putih ni.

Sebelum di masukkan ke dalam oven. Ku malas nak kreatif-kreatif ni. Cincai je bentuk dia.

Bakar dalam suhu 180° dalam masa 1 jam. Api atas bawah. Tapi ikut oven masing-masing. Kalau oven kita, suhu 230° dalam masa 45 minit, api atas bawah. Sebab apa berlainan, suhu 180° tak beberapa masak tapi suhu 230° menjadi dengan baik.

Taraaa!!!! Walaupun rupamu tidak begitu menawan tapi dirimu menjadi tarikan kepada anak dan suamiku. Termasuk perut ku sekali. 🤣😂🤣

Dah masak, jangan terus dipotong. Bagilah sejuk dulu. Anak den ni, sebelum masak lagi disuruhnya potong. Ada tabiatnya gitu anak oit. Lepas sejuk, nampak je kek, ngadap dia sahaja. 🤣😂🤣

Daripada banyak-banyak potong, tinggal tu je dia bahan. Well, nak buat macam mana. 🤗

Sabar ye dik, awak baru 3bulan. Ada 3 bulan lagi nak makan. Susu je dulu yek.

Kita berbagi dengan jiran. Kongsi sedikit rezeki dengan jiran. Mudah-mudahan kita berbahagia dengan rezeki yang Allah kurniakan.

So, selamat mencuba semuanya.😍


nukilan,
2.15pagi, Khamis

You Might Also Like

0 comments