Ubah Deco Lagi

12:37 AM

Bismiallahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum pembaca. Ada yang membaca.

Semalam kita punyalah mengemas habis-habisan sambil mendeko kawasan along Fateh. Walaupun dia lebih gemar main di depan televisyen.

Macam lipas kudung mengemas sebelum mereka berdua bangun. Double struggle bila dah ada anak dua ni. Alang- alang mengemas dan menyapu rumah ni, Erna terasa nak ubah susun atur sedikit terutamanya di bahagian tempat mainan Fateh.

Keadaan ruang yang belum berkemas. Anak patung pun bersepah oit 😜. Nasib anak belum bangun lagi masa ni. Wajib sapu dulu sebelum dia orang bangun.

Memandangkan along sangat lasak dan mulut semakin aktif, Ibu kene ubah susun atur supaya ruang nampak besar dan selesa untuk kami sekeluarga. Barang kami tak banyak. Even sofa pun tak ada. Ruang sangat terhad. Rumah kuaters je. Tapi, Alhamdulillah, ada tempat perlindungan. Ada ruang untuk solat dan ruang untuk anak-anak bermain.

Sebab tu, bila bab susun atur ni, memang dah cakap awal-awal pada suami, relakanlah isteri anda sendiri yang susun atur. Nasib baiklah suami tak kisah. Ya ke tak kisah ni? 🤔

Erna rasa perlu ada satu ruang tempat along bermain, belajar dan rak buku mainan dia. Walhal, dia lebih gemar main depan televisyen. Lepas tu, bersepah di depan televisyen. Sebelah adik dia pun jadi. Kau rasa, tak keluar mak kau hijau.👽

Hasil selepas 1 jam mengemas. Meja kecik tu memang dah ada. Sebelum ni, meja tu dijadikan sebagai meja makan. Selepas ada meja makan, Erna jadikan meja study Along. Study lah sangat

Bangku kecik pada asalnya di kawasan meja kecik, kita tukar pada bahagian bertentangan. Tetamu datang boleh duduk disitu.🤗

Akhirnya, puas hati ibu mu ni sayang. Erna pun wasaplah suami. Bagi tahu, kita mengemas dan susun atur semula bahagian along. Kemudian tunjukkan lagi beberapa tempat yang Erna ubah. Tak banyak mana pun ubah tapi puas hatilah. Feedback daripada suami sangatlah positif. Gembiranya hati ni wei. Lagi-lagi dapat feedback daripada suami.

Feedback daripada anak? Tabiat along, bangun daripada tidur, memang dia akan menuju ke rak mainan dia dulu. Jadi, bila dia keluar tengok susunan dah berubah, dia kaget. Along pandang Ibu dia ni. Ibu dia lebih kepada senyum je. Lama juga dia berdiri, barulah dia pergi kepada rak mainan dia sambil ketawa. Kira positiflah feedback Along.

Merasmikan tempat baru. Barulah sangat. 😂 Sekejap je fungsi meja tu. Tapi abahnya kata, baguslah ada meja semdiri.

Tak kisahlah rumah kuaters ke, rumah sewa ke, ruami hadiah ke, rumah beli sendiri ke, as long as you have your owen aim to make the house are very comfortable, just doing that. Smile and look at your family. 

Kita yang duduk dalam rumah. Kita berhak jadikan ianya selesa untuk seisi keluarga. Yang memberi manfaat untuk keluarga.

Saya sangat gembira ok. Tapi tak pasti bila boleh bertahan. 🤣


nukilan,
04.20pm/Selasa


You Might Also Like

0 comments