Mendonat pula kali ini

9:59 PM

Assalamualaikum...
🌻🌻🌻😊😊😊

Almost half-year, mendonat sudah menjadi sumber kewangan family kecik erna. Seronok babe, bila jual makanan ni, bagi orang makan, dapat upah. Pastu orang bagi feedback happy sebab sedap. MasyaAllah, seronok babe.

Gebu-gebu pula donat kita...resepi my mom so marvelouse!!!!!


Macam mana bileh cebur dalam bidang donat ni? 🍩🍩🍩

Alkisahnya, erna ni suka makan donat mak. Mak buat memang lembut. Lagi-lagi tengah panas. Seronok babe. Rasa heaven je. Tapi sejak duduk kat Johor Bahru, jarang dapat makan donat mak.

Tak sangka pula, husband erna pun suka makan donat. So, erna pun minta resepi donat dengan mak, cara nak buat donat. Padahal boleh je cari resepi kat google atau facebook. Tapi nak juga resepi donat mak. Sebab dari kecik sampai ke besar memang makan donat mak.

Bermula daripada situlah, erna mula mendonat. Mula-mula hantar ke tempat kerja husband. Setengah tahun juga jual donat di tempat kerja suami. Makin lama, erna improvise donat sikit demi sedikit...

Setiap kali husband kerja, mesti bawa bekas ini sekali. Dan setiap kali husband balik rumah meati kising. MasyaAllah, Terima kasih Ya Allah.

Tahun ni baru buka kepada orang ramai. Itu pun, starting dengan kawan-kawan disekitar johor bahru sahaja.

Kemudian improvise lagi donat erna, dengan donut coklat+hiasan. Kini, bergerak sekitar johor bahru, skudai, ulu tiram, permas jaya dan pasir gudang.🚐🚐🚐

MasyaAllah, feedback yang erna terima sangat memberangsangkan.

Alhamdulillah, kali ini order semakin lama semakin bertambah. Tak apa, sikit-sikit. 😁😁😁


Terima kasih Ya Allah, Engkaulah mengerakkan mereka membeli dengan ku. Dan Engkau mengerakkan aku sebagai perantaraan untuk rezeki mereka.

Ada tak cabaran mendonat? Of courselah ada. Tapi erna cerita lain kali lah yek.

Seronok ai husband and boy ni dengan donat. Dua-dua ni dah jadi peminat donut ibu. Seronoknya ada peminat.



Terima kasih membeli donat erna.
Assalamualaikum..😊😊😊
13.37 pm



You Might Also Like

0 comments