1 year hilang tanpa sepi

7:14 AM

Bismillahirrahmannirrahim.....
Assalamualaikum....

MasyaAllah, lama erna menyepi daripada dunia blog. Setahun lebih pula tu. Padahal, banyak story manis pahit masam...semua ada. Tapi tak kesampaian...😅😅😅

Entah macam mana, terdetik hati ini untuk kembali menulis semula. Tapi tula, bila idea terperuk macam pekasam, tak tahu nak mula macam mana.

Sekarang ni, tengah duduk melayan anak bujang erna. Eh! Dah ada anak ke? Yelah, last menulis tu tengah membawa bujang dalam perut. Sekarang, setahun dah bujang ni.

My boy already 1 year. Muhammad Sulaiman Al Fateh bin Muhammad Faiz. Seusai harapan ibu dan abah agar Fateh menjadi seorang anak yang soleh, pemimpin islam yang amanah dan hamba Allah yang menjaga Islam. Aminnnn...

Setahun menjadi ibu, pelbagai cabaran dan pembelajaran yang erna dapat. Adakalanya, gelak, gembira. Kadang-kadang menyinga pun ye tapi selalunya tak menjadi.

Nampak bujang ni menyengeh, senyum macam kerang busuk, sambil belai muka kita, tak jadi nak menyinga. Penat. Of course penat. Dengan rumah, business yang suam-suam suku, dengan suami, dengan boy, rasa macam nak tambah tangan atau kaki. Tapi, Allah bagi kita 2 tangan je...

But, it's fun. Very fun. Penat macam mana pun, kita jalani kehidupan kita macam biasa. Tak perlu merungut. Sebab Allah dah aturkan siap-siap. Semuanya bersebab. Dan Allah tahu kita boleh jalaninya.

Bila bujang ni sibuk main sampai ibu panggil pun tak sedar. Masalahnya,bila lah nak tidur nak oit. 

Kalau nak cerita semua benda dalam satu laman, jenuh nak menaip. Sepatutnya, lagi dulu lagi erna catitkan memori agar suatu hari Fateh dan bakal adik-adiknya boleh baca. Tapi, tak mengapalah.

Kita boleh catit memoir sedikit demi sedikit untuk yang baru. 😊😊😊

InsyaAllah, erna akan cuba menulis sedikit demi sedikit. InsyaAllah.

Lengkaplah kami bertiga. Waktu ni Fateh baru berusia 2 bulan. Nangis sebab panas. Alhamdulillah, Allah beri ke senangan untuk menjaga Fateh. Besar pun senang nak menjaga.



Assalamualaikum...
23.04 pm







You Might Also Like

0 comments