Fateh dating dengan ibu tanpa car seat

8:13 AM

Assalamualaikum...

Baru je siap posting pertama 2018. Menulis balik posting kedua. Takut lupa dan malas. Hahaha...Almaklumlah, ibu anak lelaki yang macam 10 orang ni, boleh buat kita pengsan.

Tapi fateh jangan risau yek, ibumu tetap ungul.

Ok,hari ini kami berdua dating berdua tanpa abahnya. Jangan jelouse abah... Abah kerja elok-elok. Tak kemana pun sebenarnya. Berdating di kedai bahan bakery je.

Tapi, al maklumlah, budak boy ni jarang duduk dalam car seat. Tak tahu nak buat macam mana. Kita dudukkan je dia di kerusi kereta sambil pakai seat belt. Takut juga dia melalak. Sebab ada kes sebelum ini dengan car seat.

Itu lain cerita. Nantilah erna share. Jika ada kelapangan.

Nasib baiklah boy ni senyap. Tak melalak dalam kereta sebab tak terperuk dalam car seat. Para ibu-ibu, bapa-bapa di luar sana, jangan tiru sama saya. Ini kes terpaksa. 

Nilah ibu mu nak. Macam-macam cara nak bagi awak diam dalam kereta tapi safety kamu tetap diutama. Jadi ibu kene kreatif. Tak kisah orang kritik atau tak. Tapi hanya ibu itu yg faham anaknya macam mana.

Jadilah macam hari ini. Macam-macam erna sediakan untuk Fateh. Dengan mainanlah, dengan bukulah. Syukur awak suka. Sebab tak duduk dalam car seat. 😂😂😂😂

Tak berkelip mata pandang buah limau daripada auty bakery tu. Bila nak buka limau ni ibu?

Tapi tulah, dating berdua dengan anak tanpa si abah memang mencabar dan mengundang idea yang bahaya daripada si ibu. Bukan permintaan ibu tapi terpaksa. Dan setiap apa yang dilakukan ada sebabnya. Bukan saja-saja.

Tapi, best! Sambil bergembira ibu pun boleh bersenam. Tangan boleh jadi sado. Berapa kilolah agaknya berat ibu mu ni turun...😝😝😝

Nanti kita dating lagi yek Fateh. Abah, jangan jelouse!!!😜😜😜

Ibu duduk je. Biar Fateh drive...eleh, action je lebih.


Ingatlah, setiap apa yang kita lakukan, niatlah kerana Allah. Mudah-mudahan Allah sentiasa lindungi kita.



Assalamualaikum...
00.10 am












You Might Also Like

0 comments