2018

Fateh pun nak sambut Tahun Baru Cina

8:46 PM

Assalamualaikum...
🤗🤗🤗🌻🌻🌻

Macam biasalah, setiap kali en husband off day, kami akan balik kampung. Tak kisahlah, Pengerang ke atau Mersing. Terengganu? InsyaAllah, setahun sekali kami akan balik. Bagi Fateh kenal semua sanak saudara walaupun jumpa hanya sekejap.

Yang tak tahannya, siap boleh berjalan si bujang sorang ni. Erna memang dah agak, setiap kali balik kampung, mesti nak tunjuk skill baru. Kali ni, skill berjalan. Lama pula tu berjalan. Jika kat rumah, jangan harap nak berjalan lama macam tu.

Memandangkan, hari pertama kita sampai lewat petang, hari kedua si bujang ni bahan tidur sebelum tengok adik amir (anak buah ibu fateh). Tak pernah-pernah tidur petang lama sebegitu. Kan bagus kat rumah pun macam tu.

Malam pertama kita bakar ayam. Nenek noi @ mak saudara ibu fateh ada buat makan-makan. Syok wo main dengan kak puteri. Eh! Puteri tu pangkat makcik awak ye Fateh.

Eh! Sambung main pula dia. Padahal, menangjs dengan kita nak tidur. Orang cycling pada siang hari, bukan malam hari sayang oit

Nenek ajak tengok adik Amir. MasyaAllah, ibu cakap muka adik Amir saling tak tumpah macam arwah tok teh. Patutlah nenek cakap nek teh asyik rindu je dengan adik amir. Walaupun, muka adik amir mirip dengan pak long lili...tapi Allah hadirkan sedikit wajah muka arwah tok teh. Lepastu, atok dan nenek ajak jalan ke Pengerang. Sampailah kami ke tanjung pengelih.

Rasanya,ini kali pertama gambar Fateh bersama nenek dan atuk. Atok, bila Fateh boleh terjun ke laut. Ibu asyik tangguh je.

Jangan ingat rumah je kene gegor. Rumah nenek pun kene gegor. Lepas puas berjalan dengan nenek dan atok, malam kita sambung main. Sekali dapat main, jangan kau bising. Nanti bertambah gegornya....

Sebelum balik, sempat lagi main dengan akak Puteri @ mak cik puteri. Tetiba tak cukup korum. Rindu pula dengan abang Rafiq. Nanti kita main sama-sama dengan abang Rafiq dan akak Puteri.


Setiap ibu bapa ada cara tersendiri untuk mengalakkan anak-anak kenal saudara mara. Jangan pula di claim ibu bapa tu kedekut anak. Mungkin ada sebab.

Bagi Erna dan seben, kami tidak kedekut anak. Bagus untuk Fateh kenal dengan ahli keluarga dan masyarakat luar. Dan kami tidaklah membiarkan terus Fateh tanpa sebarang pengawasan.

Kalau nampak mata kami macam juling..tulah tandanya pengawasan...😁😁😁

Yang penting kita Happy.
Assalamualaikum...
12.44pm




Donut

Mendonat pula kali ini

9:59 PM

Assalamualaikum...
🌻🌻🌻😊😊😊

Almost half-year, mendonat sudah menjadi sumber kewangan family kecik erna. Seronok babe, bila jual makanan ni, bagi orang makan, dapat upah. Pastu orang bagi feedback happy sebab sedap. MasyaAllah, seronok babe.

Gebu-gebu pula donat kita...resepi my mom so marvelouse!!!!!


Macam mana bileh cebur dalam bidang donat ni? 🍩🍩🍩

Alkisahnya, erna ni suka makan donat mak. Mak buat memang lembut. Lagi-lagi tengah panas. Seronok babe. Rasa heaven je. Tapi sejak duduk kat Johor Bahru, jarang dapat makan donat mak.

Tak sangka pula, husband erna pun suka makan donat. So, erna pun minta resepi donat dengan mak, cara nak buat donat. Padahal boleh je cari resepi kat google atau facebook. Tapi nak juga resepi donat mak. Sebab dari kecik sampai ke besar memang makan donat mak.

Bermula daripada situlah, erna mula mendonat. Mula-mula hantar ke tempat kerja husband. Setengah tahun juga jual donat di tempat kerja suami. Makin lama, erna improvise donat sikit demi sedikit...

Setiap kali husband kerja, mesti bawa bekas ini sekali. Dan setiap kali husband balik rumah meati kising. MasyaAllah, Terima kasih Ya Allah.

Tahun ni baru buka kepada orang ramai. Itu pun, starting dengan kawan-kawan disekitar johor bahru sahaja.

Kemudian improvise lagi donat erna, dengan donut coklat+hiasan. Kini, bergerak sekitar johor bahru, skudai, ulu tiram, permas jaya dan pasir gudang.🚐🚐🚐

MasyaAllah, feedback yang erna terima sangat memberangsangkan.

Alhamdulillah, kali ini order semakin lama semakin bertambah. Tak apa, sikit-sikit. 😁😁😁


Terima kasih Ya Allah, Engkaulah mengerakkan mereka membeli dengan ku. Dan Engkau mengerakkan aku sebagai perantaraan untuk rezeki mereka.

Ada tak cabaran mendonat? Of courselah ada. Tapi erna cerita lain kali lah yek.

Seronok ai husband and boy ni dengan donat. Dua-dua ni dah jadi peminat donut ibu. Seronoknya ada peminat.



Terima kasih membeli donat erna.
Assalamualaikum..😊😊😊
13.37 pm



Fateh dating dengan ibu tanpa car seat

8:13 AM

Assalamualaikum...

Baru je siap posting pertama 2018. Menulis balik posting kedua. Takut lupa dan malas. Hahaha...Almaklumlah, ibu anak lelaki yang macam 10 orang ni, boleh buat kita pengsan.

Tapi fateh jangan risau yek, ibumu tetap ungul.

Ok,hari ini kami berdua dating berdua tanpa abahnya. Jangan jelouse abah... Abah kerja elok-elok. Tak kemana pun sebenarnya. Berdating di kedai bahan bakery je.

Tapi, al maklumlah, budak boy ni jarang duduk dalam car seat. Tak tahu nak buat macam mana. Kita dudukkan je dia di kerusi kereta sambil pakai seat belt. Takut juga dia melalak. Sebab ada kes sebelum ini dengan car seat.

Itu lain cerita. Nantilah erna share. Jika ada kelapangan.

Nasib baiklah boy ni senyap. Tak melalak dalam kereta sebab tak terperuk dalam car seat. Para ibu-ibu, bapa-bapa di luar sana, jangan tiru sama saya. Ini kes terpaksa. 

Nilah ibu mu nak. Macam-macam cara nak bagi awak diam dalam kereta tapi safety kamu tetap diutama. Jadi ibu kene kreatif. Tak kisah orang kritik atau tak. Tapi hanya ibu itu yg faham anaknya macam mana.

Jadilah macam hari ini. Macam-macam erna sediakan untuk Fateh. Dengan mainanlah, dengan bukulah. Syukur awak suka. Sebab tak duduk dalam car seat. 😂😂😂😂

Tak berkelip mata pandang buah limau daripada auty bakery tu. Bila nak buka limau ni ibu?

Tapi tulah, dating berdua dengan anak tanpa si abah memang mencabar dan mengundang idea yang bahaya daripada si ibu. Bukan permintaan ibu tapi terpaksa. Dan setiap apa yang dilakukan ada sebabnya. Bukan saja-saja.

Tapi, best! Sambil bergembira ibu pun boleh bersenam. Tangan boleh jadi sado. Berapa kilolah agaknya berat ibu mu ni turun...😝😝😝

Nanti kita dating lagi yek Fateh. Abah, jangan jelouse!!!😜😜😜

Ibu duduk je. Biar Fateh drive...eleh, action je lebih.


Ingatlah, setiap apa yang kita lakukan, niatlah kerana Allah. Mudah-mudahan Allah sentiasa lindungi kita.



Assalamualaikum...
00.10 am












1 year hilang tanpa sepi

7:14 AM

Bismillahirrahmannirrahim.....
Assalamualaikum....

MasyaAllah, lama erna menyepi daripada dunia blog. Setahun lebih pula tu. Padahal, banyak story manis pahit masam...semua ada. Tapi tak kesampaian...😅😅😅

Entah macam mana, terdetik hati ini untuk kembali menulis semula. Tapi tula, bila idea terperuk macam pekasam, tak tahu nak mula macam mana.

Sekarang ni, tengah duduk melayan anak bujang erna. Eh! Dah ada anak ke? Yelah, last menulis tu tengah membawa bujang dalam perut. Sekarang, setahun dah bujang ni.

My boy already 1 year. Muhammad Sulaiman Al Fateh bin Muhammad Faiz. Seusai harapan ibu dan abah agar Fateh menjadi seorang anak yang soleh, pemimpin islam yang amanah dan hamba Allah yang menjaga Islam. Aminnnn...

Setahun menjadi ibu, pelbagai cabaran dan pembelajaran yang erna dapat. Adakalanya, gelak, gembira. Kadang-kadang menyinga pun ye tapi selalunya tak menjadi.

Nampak bujang ni menyengeh, senyum macam kerang busuk, sambil belai muka kita, tak jadi nak menyinga. Penat. Of course penat. Dengan rumah, business yang suam-suam suku, dengan suami, dengan boy, rasa macam nak tambah tangan atau kaki. Tapi, Allah bagi kita 2 tangan je...

But, it's fun. Very fun. Penat macam mana pun, kita jalani kehidupan kita macam biasa. Tak perlu merungut. Sebab Allah dah aturkan siap-siap. Semuanya bersebab. Dan Allah tahu kita boleh jalaninya.

Bila bujang ni sibuk main sampai ibu panggil pun tak sedar. Masalahnya,bila lah nak tidur nak oit. 

Kalau nak cerita semua benda dalam satu laman, jenuh nak menaip. Sepatutnya, lagi dulu lagi erna catitkan memori agar suatu hari Fateh dan bakal adik-adiknya boleh baca. Tapi, tak mengapalah.

Kita boleh catit memoir sedikit demi sedikit untuk yang baru. 😊😊😊

InsyaAllah, erna akan cuba menulis sedikit demi sedikit. InsyaAllah.

Lengkaplah kami bertiga. Waktu ni Fateh baru berusia 2 bulan. Nangis sebab panas. Alhamdulillah, Allah beri ke senangan untuk menjaga Fateh. Besar pun senang nak menjaga.



Assalamualaikum...
23.04 pm